Amalan Pemakanan Yang Sihat
Apakah Amalan Pemakanan yang Sihat??
Amalan pemakanan sihat bermaksud amalan ang boleh menjaga kesihatan. Dengan adanya pemakanan yang sihat, kita akan dapat terhindar dari sebarang penyakit yang merbahayakan diri seperti kencing manis, darah tinggi, jantung, dan sebagainya. Amalan pemakanan yang sihat boleh dirancang dengan menggunakan piramid makanan yang juga digunakan dalam penyediaan makanan sihat.
Kepentingan Makan Makanan Yang Sihat
- Membantu tumbersaran kanak-kanak agar kanak-kanak dapat membesar secara normal.
- Membolehkan manusia bekerja secara produktif dan selesa.
- Dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, kencing manis dan osteoporosis (Tulang reput)
Sumber: Glenegles HospitalsBuah-buahan merupakan antara salah satu makanan yang sihat
Terdapat dua aktiviti utama dalam Skop Amalan Pemakanan sihat
1) Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat (PHSSM)
- Perlabelan kandungan kalori bagi setiap makanan dan minuman yang dihidang.
- menghidangkan buah-buahan.
- menghidangkan sekurang-kurangnya 1 jenis sayur pada waktu makan utama.
- mengasingkan gula dan susu untuk minuman panas.
- Menyediakan air kosong.
2) Kafeteria Sihat
Kafeteria Sihat menggunakan konsep kerjasama pintar di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengusaha makanan. Majikan digalakkan untuk memperolehi pengiktirafan Kafeteria Sihat di tempat kerja. Ini penting bagi memastikan penyediaan makanan yang berkhasiat dengan pilihan yang lebih sihat.
Kafeteria Sihat berkonsepkan :
- Pusat Hentian Setempat (One Stop Center) yang menyediakan makanan yang berkhasiat dan selamat, berasaskan prinsip makanan secara sihat.
- Sebagai tempat bagi promosi dan latihan pemakanan yang menyediakan persekitaran yang kondusif bagi pembelajaran secara "Participative" dan "Hands-on"
5 Tips Pemakanan Sihat
Sumber Youtube: Che Gu Sephy







Perkongsian yang bagus
ReplyDeleteInfo yang sangat menarik.
ReplyDelete