APAKAH PIRAMID MAKANAN?
Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari. Piramid Makanan ini juga digunakan sebagai padnuan dalam penyediaan makanan yang sihat. Pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan bahawa tubuh badan dan otak kita dapat menerika semua nutrien yang mencukupi bagi membolehkan ianya berfungsi dengan baik. Pengambilan makanan perlulah dipelbagaikan kerana tiada satu makanan yang boleh membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan kita.
![]() |
| Piramid Makanan |
Aras Yang Terdapat Dalam Piramid Makanan
Aras 1 (KARBOHIDRAT)
Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat komplekas. Ianya merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protien.Setiap hidangan makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. Contohnya nasi, bubur, roti, mi, pasta, bihun, bijirin sarapan, tosai, ubi keledek, keladi dan kentang.
Aras 2 (VITAMIN)
Aras 2 Piramid Makanan mengandungi makanan yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Jadi kita harus makan makanan dalam aras ini dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan. Contoh makanan bagi kumpulan ini ialah sayur-sayuran hijau serta buah-buahan.
Aras 3 (PROTIEN)
Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di aras 3 dalam Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protien vitamin B, zar besi, zink dan magnesium. Tetapi kita juga haruslah memilih daging yang rendah lemak. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacan. Hal ini kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat. Contohnya, kekacang adalah kacang soya dan hasilnya seperti tauhu dan tempe, kavanh dhal dan kacang merah.
Aras 4 (LEMAK)
Lemak, minyak, coklat, gula dan juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 dalam Piramis Makanan. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu di makan







0 comments:
Post a Comment