PENGENALAN

 DEFINISI KESIHATAN

Kesihatan amat penting dalam menjamin keceriaan hidup seseorang. Kesihatan ini juga merujuk kepada satu keadaan tubuh badan yang tidak mengalami sebarang masalah seperti ada penyakit kencing manis dan murah diserang penyakit berjangkit yang lain. Terdapat pelbagar langkah yang boleh diamalkan bagi seseorang bagi mendapatkan kesihatanyang lebih baik.

    Gaya hidup yang sihat juga merupakan satu junci utama kepada kesejahteraan insan. Insan yang sihat akan daoat memainkan peranan yang aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan negara. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 1948 telah mendefinisikan bahawa kesihatan ini adalah sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat dan cergas serta bebas dari sebarang penyakit berlandaskan keadaan sosial dan masyarakat. Definisi ini menegaskan bahawa kesihatan ditunjangi oleh faktor fizikal, mental dan sosial yang sihat dan tidak akan diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan. 


0 comments:

Post a Comment