Thursday, May 27, 2021

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Gaya Hidup Sihat

Tahukah anda apakah Gaya Hidup Sihat?

Gaya Hidup Sihat ini merupakan amalan kehidupan yang sihat yang dapat mengurangkan risiko untuk kita daripada terdedah daripada penyakit yang semakin mudah menyerang kita semua pada hari ini dan boleh menjadi pembunuh utama manusia. Masih ramai individu diluar sana yang mengalami masalah berlebihan, tidak aktif dan tidak menjalani gaya hidup yang sihat. Mereka ini menjadi sasaran penyakit strok kerana kebanyakan mereka mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi. 
Namun, masih belum terlambat untuk anda semua berubah dan menjalani hidup yang lebih sihat.

Gaya terbaik mengamalkan Gaya Hidup Sihat

Sumber : sihatologi

Antara amalan gaya hidup yang sihat ialah

1) Mengamalkan Pemakanan Yang Sihat
  • Pemakanan yang sihat dapat membantu kita dalam mengekalkan tubuh badan yang sihat dan mengelakkan kita daripada gemuk.
  • Kurangkan pengambilan makanan bergula dan garam kerana pengambilan berlebihan boleh merisikokan kita untuk mendapat darah tinggi, kencing manis dan obesiti yang boleh menyebabkan strok.
  • Makan pada jumlah yang kecil dan minum air kosong 6-8 gelas sehari.
2) Persekitaran Yang Bersih
  • Sentiasa memastikan kebersihan diri dan persekitaran sentiasa bersih dan terjaga.
  • Mengutamakan kebersihan dapat menghalang wabak-wabak penyakit daripada terus tersebar dan merisikokan disi kita mendapatkan penyakit lain.
3) Menjalani Pemeriksaan Kesihatan Berkala
  • Anda perlu menjalani pemeriksaan kesihatan berkala ini bagi mengesan simptom awal penyakit yang boleh meragut nyawa.
  • Sekiranya penyakit berbahaya dapat dikesan pada peringkat awal, ini boleh memastkan cara pencegahan dan rawatan terpserinci yang boleh dijalankan.
  • Pemeriksaan kesihatan ini boleh dilakukan di hospital kerajaan atau swasta.
4) Beriadah
  • Beriada atau bersenam dapat mengeluarkan peluh dari dalam badan. Toksin dalam badan juga turut keluar melalui peluh.
  • Senaman berjadual sangat perlu bagi memastikan tubuh badan anda menjadi cergas dan membantu sistem peredaran darah untuk menjadi lebih teratur. Jika salur darah tersumbat akan mengakibatkan strok.
  • Cotoh senaman yang boleh dilakukan ialah berlari, bersukan, berjalan dan aerobik.
5) Berhenti Merokok
  • Tabiat merokok boleh merisikokan seseorang mendapat penyakit paru-parudan jantung dan lebih 40 jenis penyakit yang akan membawa maut.
  • Terdapat lebih daripada 4000 jenis bahan kimia yang boleh meragut nyawa  dalam sebtang rokok.
Bahan merbahaya yang terdapat dalam sebatang rokok
sumber: Infosekayu.com


6) Atasi Stress
Tanda-tanda masalah kesihatan mental
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

  • Sentiasa berfikiran positif
  • Belajar bertenang
  • Mewujudkan hobi
  • Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
  • Rehat dan tidur yang cukup
  • Cari teman untuk berkongsi dan meluangkan masalah
7) Pastikan Rehat Yang Cukup
  • Rehat dan tidur yang cukup dapat mengurangkan tekanan selain dapat menenangkan tubub badan serta minda
  • Proses metabolisma juga dapat berjalan dengan lancar dengan rehat yang mencukupi.

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT


Sumber Youtube: Najihah Nurul

KESAN PENGAMBILAN MAKANAN SEGERA

KESAN PENGAMBILAN MAKANAN SEGERA



Makanan segera. ianya murah, selesa dan predatori dipasarkan kepada kita semua sejak muda dengan harapan akan yang kita akan menjadi pengguna seumur hidup. Bagi banyak syarikat, strategi itu membuahkan hasil: labih daripada 1 dari 3 orang dewasa Amerika menggunakan makanan segeranpada hari tertentu. Sekiranya kita makan makanan segera ini dengan terlalu banyak akan menyebabkan jangka hayat pengguna itu mungkin jauh lebih pendek. Tambahan lagi, kajian mendapati bahawa semakin tinggi nisbah restoran makanan segera dan kedai serbaneka, kedai runcit dan penjual sekitar rumah, semakin tinggi kadar kegemukan dan diabeets yang akan menyebabkan kematian awal dalam komuniti tersebut.

TERDAPAT 6 KESAN PENGAMBILAN MAKANAN SEGERA

1) Badan Akan Lesu

sumber: Shutterstock

  • Dengan sebilangan besar lemak, makanan segera seperti burger, kentang goreng dan milkshake akan memberikan kalori yang tinggi dalam badan.
2) Kulit Akan merosot dan Mudah Berjerawat

Sumber: Hellodoctor.com

  • Makan makanan segera boleh menyebabkan masalah kulit seperti jerawat.
  • Makanan bergoreng sperti kentang gorang, goreng pisang dan sebagainya merupakan salah satu punca muka berjerawat.
3) Perut Akan Kembung

sumber: Diaricuckoo.com

  • Sebilangan makanan yang mengandungi jumlah natrium yang tinggi akan menyebabkan perut merasa kembung seperti masuk angin.
  • Natrium juga terdapat dalam makanan segera sebagai perasa tambahan bagi tujuan menyedapkan makanan tersebut.
  • Antara bahan tambahan tersebut ialah monosodium glumat (MSG), natrium nitrut, natrium sakarin, baking soda, dan sodium benzonat.
  • Natrium yang banyak akan menyebabkan badan kita menahan air dan akan membuatkan badan kita terasa kembung dan bengkak.
4) Fungsi Ingatan dan Kognitif akan Merosot

Sumber: Astro Awani

  • Makanan segera seperti daging burger, beberapa makanan goreng, dan milkshake selaluny amengandungi lemak yang tinggi. Pengambilan lemak yang berlebihan akan memberikan kesan yang negatif kepada jantung. Akan tetapi, terdapat juga penyelidikan yang menunjukkan bahawa pengambilan lemak tepu yang tinggi ini dapat mempengaruhi fungsi dan ingatan otak secara negatif.
  • Pengambilan asid lemak jenuh yang tinggi boleh menjejaskan kelajuan fleksibiliti ingatan prospektif.
5) Anda akan mengalami Sembelit

Sumber: Harian Metro

  • Serat makanan (biasanya terdapat dalam sayur-sayuran, buah-buahan, biji-bijian, kekacang, dan biji-bijian) memainkan peranan yang dominan dalam sistem pencernaan. serat juga membantu bagi memastikan sistem pencernaan anda berfungsi dengan baik kerana membuang sampah dan toksik didalam badan.
  • Ianya juga dapat membantu dalam menurunkan kolesterol dan menjaga kadar gula dalam darah tetap normal.
6) Meningkatkan Risiko Kegemukan

Sumber: HealtylifeHealtystyle

  • Makanan segera mempunyai bilangan kalori yang sangat tinggi. oleh itu dengan pengambilan kalori yang berlebihan didalam badankita merupakan salah satu punca kegemukan badan.
  • Para penyelidik telah menyimpulkan bahawa pengambilan pemakanan segera secara berlebihan dan kerap dapat menyumbang kepada kenaikan berat badan individu. 

Tahukah anda apakah bahan kimia yang terdapat dalam mee segera??

sumber: ML Studios


SENAMAN RINGAN YANG BOLEH DIAMALKAN

SENAMAN RINGAN YANG BOLEH DIAMALKAN

BERSENAM ADALAH SALAH SATU PERKARA PENTING JIKA KITA MAHU MENGAMALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT. SENAMAN INI BERMAKSUD MELAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL YANG DISUSUN DAN DILAKUKAN BERULANG KALi UNTUK MENGUATKAN KECERDASAN, OTOT DAN FLEKSIBILITI BADAN.

SENAMAN INI JUGA BOLEH DILAKUKAN DENGAN PELBAGAI CARA. ASASNYA ADALAH UNTUK MENINGKATKAN PERGERAKAN BADAN, MENAIKKAN KADAR NADI DAN MELIBATKAN REGANGAN SENDIRI DALAM SATU TEMPOH MASA.

ANTARA CONTOH SENAMAN IALAH 

1) Senaman Regangan Otot

Sumber Youtube: theyaman




2) Senam Aerobik

Sumber Youtube: Fakhrul Ruru



3) Berjalan

Aktiviti berjalan kaki dapat meningkatkan kecergasan diri
sumber: times indoesia


4) Berjogging


Berjogging dapat meingkatkan metabolisma dalam diri
sumber: Veryfit Dialy

5) Berbasikal

Berbasikal bukan sahaja dapat menambahkan kecergasan badan tetapi dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan
Sumber: workoutempire

6) Berenang


Berenang dapat menguatkan ketahanan paru-paru
Sumber: Hellohealty



7) Yoga


Yoga dapat membantu kita dalam mengawal pernafasan dengan baik
sumber: Peathegee inc.


AMALAN PEMAKANAN YANG SIHAT

Amalan Pemakanan Yang Sihat

 Apakah Amalan Pemakanan yang Sihat??

Amalan pemakanan sihat bermaksud amalan ang boleh menjaga kesihatan. Dengan adanya pemakanan yang sihat, kita akan dapat terhindar dari sebarang penyakit yang merbahayakan diri seperti kencing manis, darah tinggi, jantung, dan sebagainya. Amalan pemakanan yang sihat boleh dirancang dengan menggunakan piramid makanan yang juga digunakan dalam penyediaan makanan sihat. 

Kepentingan Makan Makanan Yang Sihat

  1. Membantu tumbersaran kanak-kanak agar kanak-kanak dapat membesar secara normal.
  2. Membolehkan manusia bekerja secara produktif dan selesa.
  3. Dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, kencing manis dan osteoporosis (Tulang reput)



                               Sumber: Glenegles Hospitals
Buah-buahan merupakan antara salah satu makanan yang sihat

Terdapat dua aktiviti utama dalam Skop Amalan Pemakanan sihat 

1) Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat (PHSSM)
  • Perlabelan kandungan kalori bagi setiap makanan dan minuman yang dihidang.
  • menghidangkan buah-buahan.
  • menghidangkan sekurang-kurangnya 1 jenis sayur pada waktu makan utama.
  • mengasingkan gula dan susu untuk minuman panas.
  • Menyediakan air kosong.  
2) Kafeteria Sihat
Kafeteria Sihat menggunakan konsep kerjasama pintar di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengusaha makanan. Majikan digalakkan untuk memperolehi pengiktirafan Kafeteria Sihat di tempat kerja. Ini penting bagi memastikan penyediaan makanan yang berkhasiat dengan pilihan yang lebih sihat. 

Kafeteria Sihat berkonsepkan :
  • Pusat Hentian Setempat (One Stop Center) yang menyediakan makanan yang berkhasiat dan selamat, berasaskan prinsip makanan secara sihat.
  • Sebagai tempat bagi promosi dan latihan pemakanan yang menyediakan persekitaran yang kondusif bagi pembelajaran secara "Participative" dan "Hands-on"

5 Tips Pemakanan Sihat

Sumber Youtube: Che Gu Sephy