Gaya Hidup Sihat
Tahukah anda apakah Gaya Hidup Sihat?
Gaya Hidup Sihat ini merupakan amalan kehidupan yang sihat yang dapat mengurangkan risiko untuk kita daripada terdedah daripada penyakit yang semakin mudah menyerang kita semua pada hari ini dan boleh menjadi pembunuh utama manusia. Masih ramai individu diluar sana yang mengalami masalah berlebihan, tidak aktif dan tidak menjalani gaya hidup yang sihat. Mereka ini menjadi sasaran penyakit strok kerana kebanyakan mereka mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi.
Namun, masih belum terlambat untuk anda semua berubah dan menjalani hidup yang lebih sihat.
![]() |
| Gaya terbaik mengamalkan Gaya Hidup Sihat |
Sumber : sihatologi
Antara amalan gaya hidup yang sihat ialah
1) Mengamalkan Pemakanan Yang Sihat
- Pemakanan yang sihat dapat membantu kita dalam mengekalkan tubuh badan yang sihat dan mengelakkan kita daripada gemuk.
- Kurangkan pengambilan makanan bergula dan garam kerana pengambilan berlebihan boleh merisikokan kita untuk mendapat darah tinggi, kencing manis dan obesiti yang boleh menyebabkan strok.
- Makan pada jumlah yang kecil dan minum air kosong 6-8 gelas sehari.
2) Persekitaran Yang Bersih
- Sentiasa memastikan kebersihan diri dan persekitaran sentiasa bersih dan terjaga.
- Mengutamakan kebersihan dapat menghalang wabak-wabak penyakit daripada terus tersebar dan merisikokan disi kita mendapatkan penyakit lain.
3) Menjalani Pemeriksaan Kesihatan Berkala
- Anda perlu menjalani pemeriksaan kesihatan berkala ini bagi mengesan simptom awal penyakit yang boleh meragut nyawa.
- Sekiranya penyakit berbahaya dapat dikesan pada peringkat awal, ini boleh memastkan cara pencegahan dan rawatan terpserinci yang boleh dijalankan.
- Pemeriksaan kesihatan ini boleh dilakukan di hospital kerajaan atau swasta.
4) Beriadah
- Beriada atau bersenam dapat mengeluarkan peluh dari dalam badan. Toksin dalam badan juga turut keluar melalui peluh.
- Senaman berjadual sangat perlu bagi memastikan tubuh badan anda menjadi cergas dan membantu sistem peredaran darah untuk menjadi lebih teratur. Jika salur darah tersumbat akan mengakibatkan strok.
- Cotoh senaman yang boleh dilakukan ialah berlari, bersukan, berjalan dan aerobik.
5) Berhenti Merokok
sumber: Infosekayu.com
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
- Sentiasa berfikiran positif
- Belajar bertenang
- Mewujudkan hobi
- Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
- Rehat dan tidur yang cukup
- Cari teman untuk berkongsi dan meluangkan masalah
7) Pastikan Rehat Yang Cukup
- Rehat dan tidur yang cukup dapat mengurangkan tekanan selain dapat menenangkan tubub badan serta minda
- Proses metabolisma juga dapat berjalan dengan lancar dengan rehat yang mencukupi.
AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
Sumber Youtube: Najihah Nurul




















